Tuesday, July 27, 2010

Wan Ssei Muncul Dalam Majalah Gempak


 Ni time budak-budak dulu..saje suke2 hantar gambar kat GEMPAK. Tiba-tiba, muncul la kat Isu 115 Bulan September 2004.
Yang tak tahan nya, ramai pulak yang hantar surat nak berkenalan..

*SEDANG TERSENGIH SELAMA 5 MINIT SAMBIL AIR LIUR MELELEH KELUAR.



hah tu, yang pakai ketayap putih tu.


HEMSEM KAN??..HAHAH.

sudut dari jauh (ke dari sudut jauh?) pape je la.haha


Posmen yang hantar surat-surat ni kalau tak lebih daripada 3 surat memang tak sah ah.
Kadang-kadang, dapat satu plastik penuh sampai kat depan rumah.


 


and that's me!!!

Seriously, memang ramai yang hantar surat, hadiah pun ada, rasa macam ARTIS pulak. Tapi time dulu-dulu je la. Sebenarnya seronok berutus surat dengan sahabat pena neh, sebab ianya ada nilai sentimental yang tak dapat dibayangkan dengan kata-kata. (OCCEH!!)

 Sekarang ni semua hanya di hujung jari je....Facebook, Myspace, Twitter...Friendster....haa? Friendster? Ye..dengar khabar ramai yang delete Friendster sebab nak stick ngn Facebook je.

Anyway, kalau ada peminat-pemin, err..kawan-kawan (heheh..) yang ada hantar surat zaman budak-budak dulu tapi Wan tak balas minta maaf banyak-banyak eh. You all boleh je add Wan di Facebook : ADD
Wassalam...

Saturday, July 24, 2010

Bookmark? No Need.


Try-try la buka kalau berminat eh...
Wassalam....

Thursday, July 22, 2010

Mengapa Anda Tak Patut Bagi Mak Anda Kenal YouTube



Memperkenalkan, "Mak YouTube". 
Inilah sebabnya mengapa anda tak patut ajar mak anda bagaimana nak guna YouTube.
Meet "Mak YouTube". This is the reason why you should NEVER introduce your mom to YouTube.

Korang kena cari kat YouTube sbb Nuffnang xbagi aku promote link Youthsay.Segala kesulitan anda amatlah dikesali. (=.=")

Friendster Group - Tempat Bercanda


Sila lah join kalau boring. Pastikan you all log-n siap-siap.(^^)

Tuesday, July 20, 2010

Malam Yang Penuh Kontroversi - Pergaduhan di MukaBuku




Pada malam yang agak tenang, aku telah meng-update status Facebook pada pukul 9 something, status tu memang kontroversi. Nak tau kenapa dinamakan kontroversi, ini statusnya (klik kat beberapa image di bawah ni).


Geng-geng perempuan semua menyerang aku dengan rakus sekali..err, sesuai ke ayat ni?
Haha.



Dan aku cuba pertahankan hujah aku. Boleh masuk rancangan HUJAH kat TV9 tak?
(^^)



Setelah sekian lama aku cuba bertahan seorang diri, geng-geng lelaki cuba masuk campur dan menghangatkan lagi perdebatan kitorang. Hohoho.
Go guys!!

Tapi banyak merapu la pulak.


So, apa pendapat korang? Kita kalau tak salah kenapa nak melenting kan?
Berkatalah benar walaupun pahit dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Wallahualam

Sunday, July 18, 2010

Ubat Gigi Yang Banyak Menimbulkan Persoalan




colgate_darlie.1.jpg
Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.
 

Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.
 


Sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.432


p/s : Alternatif kepada Ubat Gigi beracun ini adalah Ubat Gigi Herba HPA, halal lagi baik (klik sini)

Saturday, July 17, 2010

Irfan Khairi Pecah Tembelang




Wan telah menghadiri Seminar Usahawan Internet di Cititel Hotel di Mid Valley pada tahun lepas, tarikh tu tak ingat pula bila. Sebenarnya seminar yang dianjurkan PEOPLEpreneur Business School ini diadakan untuk melahirkan jutawan-jutawanSo, ini ada sedikit yang Wan mahu kongsi tembelang Irfan Khairi yang telah terbongkar dalam seminar itu. Tapi kejap, sebenarnya pecah tembelang tu saja je, bagi tajuk gempak sikit.

Eheh.

Sebenarnya Irfan Khairi telah memberitahu para peserta seminar langkah-langkah atau cara-cara beliau telah mencapai status Jutawan Internet paling muda di Malaysia sekaligus memegang title OTAI dalam perniagaan Internet ni. Para peserta yang dari tadi kelihatan mengantuk (seminar ni dibuat pada waktu malam), terus bergegas mengambil kertas dan pensel yang disediakan oleh urusetia untuk mencatat (kalau nak letak ‘mencatit’ boleh tak? Cikgu BM tolong bagi tunjuk ajar ea?)  cara-cara yang Irfan Khairi akan hamburkan.
Irfan Khairi menekankan 4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet :

PRODUK/PERKHIDMATAN

Irfan Khairi menceritakan bahawa beliau menjalankan perkhidmatan Internet iaitu design cover buku, jual peta Malaysia dan buku-buku agama. Beliau memberitahu urusan perniagaan Internet dijalankan dalam bentuk matawang Dollar Amerika. Contohnya untuk satu produk atau servis kita caj $2OO, convert dalam Ringgit Malaysia (kita assume dalam RM4), jadi kita telah dapat RM800 sebagai pendapatan, DALAM 1 HARI!! Kalau dalam sehari kita dapat jual 3 produk/servis, bermakna pendapatan kita adalah RM2400 hanya dalam 24 JAM!!!
Hohoho.

LAMAN WEB (PERLU ADA)

Apabila menjalankan perniagaan Internet, apa yang perlu usahawan Internet ada ialah LAMAN WEB. Laman web ni sewa hosting biasanya lebih kurang RM150/setahun. Ada juga webhosting company yang menawarkan harga RM12/sebulan.

KAEDAH TERIMA BAYARAN

Irfan Khairi menegaskan (ecceh!) beliau menggunakan kad kredit dan juga buka PayPal.com merchant account.



PROMOSI

Irfan Khairi memberitahu tanpa promosi, 94% perniagaan Internet gagal. Untuk promosi, Irfan Khairi menggunakan Google Adwords untuk mengiklankan produk servis beliau. Tapi beliau memberitahu kalau ramai yang letak iklan, kos iklan akan menjadi mahal. Ini berlainan dengan Google Adsense yang apabila visitor klik pada iklan kita, kita akan dapat duit daripada klik tersebut.

Perniagaan Internet sebenarnya adalah satu peluang besar untuk usahawan pada zaman dunia tanpa sempadan sekarang. Kita punya target market adalah worldwide (seluruh dunia). Dianggarkan ada 1.5 billion pengguna Internet di seluruh dunia. Nisbah penduduk dunia dan pengguna Internet adalah 5:3.

Irfan Khairi juga menjelaskan cara beliau menjual peta Malaysia di Internet. Kebanyakan peta yang dijual di kedai-kedai serbaneka di stesen minyak di Shell dan Petronas ialah lebih kurang RM25, tapi untuk pasaran Malaysia beliau hanya caj RM15. Manakala untuk pelanggan luar negara Irfan Khairi letak harga sebanyak $25, jadi kalau convert dalam Ringgit Malaysia, beliau telah mendapat RM100 hanya dengan menjual 1 peta Malaysia. Waaahh!!

Sebelum Irfan Khairi mengakhiri ucapan, beliau sempat berpesan untuk membuat perniagaan Internet, “Don’t put all in one basket”. Maksudnya kita tidak menjual banyak produk / servis dalam satu laman web.
Jadi, apa lagi?  JOM LAH BISNES!!! ^^

Wan Ssei.

p/s: gaya tulisan agak skema kan? (=.=")


Wednesday, July 14, 2010

Awan Bentuk Jenazah Di Langit, Apa Petandanya?




Tajuk : Awan Berbentuk Jenazah Di Langit , Apa Petandanya ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Pada awal pagi ini, saya menerima sms dari seorang yang saya kenali , agar membeli dan membaca akhbar Kosmo, kerana katanya namanya ada disebut dalam akhbar tersebut yang bertajuk “Awan berbentuk jenazah”.

Saya pun terus menefon tuan empunya diri bertanyakan apa cerita sebenar disebalik kejadian yang disaksikan sendiri oleh beliau pada pagi ahad beberapa hari lepas iaitu sekitar 6.40 pagi 27/6/2010 bersamaan dengan 14 Rejab 1431 H itu.

Menurut beliau , apa yang ditulis dalam akhbar itu adalah benar tetapi bukan cerita penuh kejadian di pagi itu, namanya sendiri pun dieja salah iaitu suhaimi [ nama sebenar suhairi] .

Anda semua boleh membaca artikel tersebut disini, Klik


[[ Awan berbentuk jenazah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. ]]


Cerita sebenar sewaktu kejadian itu dari mulut kenalan saya ialah begini:

Sewaktu dia sedang berkawal di menara kawalan kem tentera itu, tiba-tiba dia [suhairi] melihat awan berbentuk objek sedang turun perlahan-lahan, setelah diamati betul betul dia amat terkejut kerana awan tersebut berbentuk seperti jenazah yang sudah dikafankan, cantuman kain kafan jelas di bahagian kepala dan kaki serta ia turun perlahan- lahan secara berdiri dan berhenti bersetentang dengan satu lagi gumpalan awan yang berbentuk orang yang memakai serban dan berdiri seolah- olah sedang menyembahyangkan jenazah tersebut! Diwaktu itulah kalimah syahadah jelas terlihat dari kepala hingga ke kaki gumpalan awan berbentuk jenazah itu! Fenomena ini disaksikan oleh sahabat beliau dan beberapa orang rakan tentera yang lain, sayangnya gambar yang sempat dirakam hanyalah seperti yang ditunjukkan diatas.

Fenomena ini berbeza dengan cerita sejadah berdiri! Sejadah boleh dicapai tangan manusia, tetapi tangan tak tercapai awan dilangit!

Semua itu tidak mustahil dan boleh terjadi jika Allah swt inginkan ia terjadi, namun segala perkara yang Allah swt ciptakan itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri, mungkin ada sesuatu alamat atau petanda yang Allah swt sampaikan agar kita berfikir.

Apa yang pasti, dunia sudah semakin uzur dan kita kini berada dipenghujung zaman!

Terserah kepada anda semua untuk mentafsirkan fenomena ini! Sesudah subuh , 14 rejab 1431 Hijrah!

Apakah itu petanda para pejuang akhir zaman sudah mulai bangkit lalu syahid dan akan dikafankan dan disembahyangkan sendiri oleh malaikat yang mulia dilangit???

Atau , apakah itu petanda umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan dikorbankan beramai-ramai dalam satu peristiwa dahsyat yang menyayat hati?

Atau, apakah ia merupakan petanda yang ketua yang memerintah sesuatu negeri itu akan mangkat tidak lama lagi?

Atau, apakah itu petanda telah perginya seorang wali atau kekasih Allah swt di bumi yang mana dia tidak pernah dikenali oleh orang dibumi sebelum ini, lalu dia mati dan jasadnya telah dimandikan, dikafankan lalu diangkat dan disembahyangkan oleh malaikat – malaikat di langit?

Atau….. teruskan berfikir….

Lalu… kuatkan iman dan perbanyakkanlah amalan….

Bukankah orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati???

Monday, July 12, 2010

Iyaz - Solo


I said I don't want to walk this earth if I gotta do it solo.

See girl we used to be a team
Runnin the streets (yeah)
We was living out our dream (ohh)
You used to be my rider
I was your provider
Now we separated in two
Oh we was burning up the block(yeah)
And everybody know when we step in the spot(ohh)
See, we was like the dynamic duo
Id never thought that you'd go, but you did uh, yeah you did


Oh baby you left and sailed away alone (Yeah, alone)
And now you got me trapped up on this island
Where nowhere to get home

And I don't wanna go, go
I don't wanna go, go
I don't wanna it no, no
I don't wanna it no, no
I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo)

Cuz I was so high
And now im so low
And I don't wanna walk around alone, solo
Said I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo, solo)

You was the beat on to my top line,
Put us together
And you'd have to hit rewind
See, you give me a purpose
Now I'm getting nervous
That my heart will never sing again
Oh, when we was runnin up the airways,
They knew us from the Virgin Islands to the U.K.
See, we was on the way to the platinum and gold
Never thought that you'd go but you did ya, ya you did.


Oh baby you left and sailed away alone (Yeah, alone)
And now you got me trapped up on this island
Where nowhere to get home

And I don't wanna go, go
I don't wanna go, go
I don't wanna it no, no
I don't wanna it no, no
I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo)

Cuz I was so high
And now im so low
And I don't wanna walk around alone, solo
Said I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo, solo)

I don't wanna walk S-O-L-O
(no no no)
I don't wanna walk S-O-L-O

"Oo uh oh,oh uh oh,
Oo uh oh oh oh uh oh,"

I don't wanna walk((S-O-L-O))

And I don't wanna go,go
I don't wanna go, go
I don't wanna it no, no
I don't wanna it no, no
I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo)

Cuz I was so high
And now im so low
And I don't wanna walk around alone,(Solo)
Said I don't want to walk this earth
If I gotta do it solo (solo, solo)