Wednesday, October 27, 2010

Harga tiket naik. FAM dan KAFA ambil kesempatan?

Nampaknya pasukan yang layak ke final adalah Kelantan dan Negeri Sembilan (Hoh, gomo lagi la sek kito. Haha). Kelantan mestilah nak merampas Piala Malaysia tahun ni selepas kempunan tahun lepas. Tapi disebalik keghairahan penyokong-penyokong bola untuk menonton perlawanan final, FAM dan KAFA nak ambil kesempatan pulak. Aii, dah tahu penyokong-penyokong Kelantan yang fanatik sanggup untuk datang ke Bukit Jalil, dua badan bola sepak ni nak mengaut keuntungan secara berlebihan,ishhh. Kata nak naikkan industri bola sepak negara. Tak untung lagi ke dengan penjualan tiket di mana penyokong yang paling ramai memenuhi stadium di mana-mana negeri adalah penyokong Kelantan? Ini sedutan berita dari

berita harian online :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.
PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.


  • KAFA akur desakan





  • Penyokong NS tahan marah

    SEMALAM, penyokong kedua-dua finalis Piala Malaysia – Kelantan dan Negeri Sembilan – mencipta kecoh gara-gara isu harga tiket dan satu ketika seperti memberi gambaran akan memboikot kunjungan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
    Kedua-dua pihak tampil menyuarakan rasa kurang puas hati dengan harga tiket yang dianggap mahal dan ketika sama bimbang dengan tahap keselamatan sambil menagih jaminan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mereka selamat tiba dan pulang selepas perlawanan itu.
    Paling kecoh adalah di Kota Bahru apabila penyokong The Red Warriors bertindak mahu memulaukan perlawanan akhir jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertegas mahu menjual tiket secara berpakej.

    Apapun, kekecohan itu berakhir apabila KAFA membuat keputusan, petang semalam untuk mengekalkan harga tiket pada RM30 – seperti angka asal FAM.

    Terdahulu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelantan.net), Nik Mohd Salehuddin Nik Abdul Razak dipetik berkata tindakan badan induk negeri itu seperti mahu mengambil kesempatan menjual tiket secara berpakej dengan harga RM40 (harga tiket dan bendera sebagai cenderahati).

    Mereka beranggapan penyokong Kelantan seperti dipaksa membeli pakej itu yang turut dikenakan caj merangkumi cenderahati The Red Warriors seperti T-shirt, topi dan jam tangan.
    Penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu, semalam berang dengan tindakan Kafa itu menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.

    Di Seremban, penyokong menyuarakan rasa marah dengan harga tiket tetapi – tidak seperti senario di Kota Bahru – mereka melafazkan janji tetap akan ke Bukit Jalil demi kepentingan pasukan kesayangan mereka.





  • PENYOKONG Kelantan hampa apabila penjualan tiket ditangguh gara-gara masalah harga 'naik-turun' di Kota Bharu, petang semalam.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Nasib baik KAFA turunkan balik harga tiket. Tapi harga tiket yang RM30 diharap dapat diturunkan lagi kepada harga asal RM20 oleh FAM. Orang nak tgk bola la wei, nak meniaga pulak.

    p/s: Tak dapat pergi stadium,ada perkhemahan PBSM... =.="

    Tuesday, October 26, 2010

    LOVE...

    Love....who do you turn to when the only person who can
    stop you from crying is the one who is making you cry?

    Wednesday, October 20, 2010

    Kelebihan Penggunaan Dinar dan Harga Pasaran Semasa

    Kelebihan Penggunaan Dinar adalah :-

    * Ia merupakan matawang sunnah
    * Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
    * Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
    * Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
    * Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

    Maklumat lain berkaitan dinar emas / dirham perak

    * Setiap 7 gram perak = 1 dirham, manakala 1 dirham = RM9.
    * Jika 1 dinar beratnya 3.25 gram dan 1 dinar juga = 7 dirham.
    * Pengenalan mata wang syariah dinar emas serta dirham perak adalah sebahagian daripada sistem barter dan bukannya mata wang kedua untuk negeri Kelantan.

    Harga Pasaran Semasa Dinar Emas dan Dirham


    Kelantan Dinar

    1/2 Dinar :: RM319.5
    1 Dinar :: RM639
    2 Dinar :: RM 1 278
    5 Dinar :: RM 3195
    8 Dinar :: RM 5112

    Kelantan Dirham

    1 Dirham :: RM 16
    2 Dirham :: RM 32
    5 Dirham :: RM80
    10 Dirham :: RM 160
    20 Dirham :: RM 320

    Tuesday, October 19, 2010

    Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah






    Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

    Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

    Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

    Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

    Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

    Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

    Benarkah begitu?







    'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





    Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

    Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

    Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

    Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

    Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

    Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

    Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

    Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

    Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

    Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

    Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

    Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

    *Cannon=Meriam,Lela
    *Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
    *Flintlock Musket=Istinggar
    *Blunderbuss=Pemuras
    *Pistol=Terakol

    Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




    Pemuras


    Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

    Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




    Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

    Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

    Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


    *Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


    Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

    Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

    Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





    Terakol







    Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

    Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


    *Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


    Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





    Istinggar




    Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

    Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

    Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





    Lela Rentaka


    Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

    Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

    Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

    Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

    Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





    Meriam/Lela


    *Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


    Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

    Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

    Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

    Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

    Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

    Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




    Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

    Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

    SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

    *Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

    Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

    Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

    Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





    Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?

    Wednesday, October 13, 2010

    Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola








    Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal

    SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini
    .
    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

    Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

    "Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

    "Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

    Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

    Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

    "Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

    Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.- Utusan Online

    Tuesday, October 12, 2010

    Permata Yang Hilang (Bahagian 1)

    Salam...Wan Ssei telah terjumpa artikel yg menarik mengenai sejarah dan asal-usul Semenanjung Tanah Melayu. Jom baca. (=
    1. Alam sebelah sini (Timur Jauh) dahulunya dikenali sebagai Nusantara. Bumi bertuah yang kita pijak pada hari ini pula dahulunya dikenali sebagai Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas. Itu adalah sebuah nama kuno yang semakin dilupai pada zaman Internet kini. Ianya telah diberikan oleh orang-orang Greek (masihkah ingat pada Socrates, Plato dll?) yang berdagang sehingga ke bahagian timur jauh.
    2. Dalam bahasa Greek, “chersonesus” bermakna semenanjung; manakala “aurea” pula emas. Semenanjung Emas bukanlah nama sebuah kerajaan yang berdaulat. Ia hanyalah istilah atau nama rujukan tempat (sama seperti istilah Semenanjung Tanah Melayu, Benua Amerika, Tanah Arab, atau Tanah Jawa). Peta dibawah adalah antara peta terakhir yang masih menggunakan nama kuno tersebut untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Peta itu dikeluarkan pada 1765.
      1765
    3. Bumi ini telah melalui pelbagai zaman keagungan dan kegelapan. Yang pasti, anak watan terus menabur bakti mentadbir dan mengurusnya dengan begitu baik sehingga kemakmurannya menggamit pedagang dari serata ceruk dan rantau dunia. Maka, gah dan tersohorlah beberapa kerajaan dibumi ini terutamanya Kerajaan Melayu Melaka.
    4. Keagungan pasti mengundang kecelakaan andainya kita tidak sentiasa beringat bahawa itu tidak lain hanyalah ujian Allah SWT terhadap hambaNya. Kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali dalam hal ini. Ujian yang amat besar diturunkan oleh Allah terhadap hambaNya dalam bentuk kegawatan politik dalaman dan serangan anasir luaran sehingga runtuhnya Kota Melaka.
    5. Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka yang gemilang adalah bertitik tolak dari beberapa asbab dalaman dan juga luaran. Kelemahan pentadbiran (antara lainnya, ahli politik bercakaran sesama sendiri, fitnah-menfitnah dah berhasad-dengki menjadi perkara biasa) dan pengurusan (mengambil askar upahan untuk mempertahankan Melaka) serta kekejaman Sultan yang memerintah dikatakan asbab dalaman yang paling utama kepada kejatuhan empayar.
    6. Asbab luaran yang utama pula ialah serangan hebat penjajah Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, Sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang, seterusnya ke Kepulauan Bintan dan menubuhkan Kerajaan Johor Lama (disebut juga Johor-Riau dan Johor-Riau-Lingga). Kerajaan baru yang ditubuhkan di selatan Tanah Melayu itu juga tidak terkecuali dari kempen penjajahan oleh Portugis, sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Sumatera dan meninggal dunia disana pada tahun 1528.
    7. Al-sultan yang mangkat telah meninggalkan dua orang waris untuk meneruskan perjuangannya. Sultan Alauddin Riayat Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah yang pertama telah mewarisi daulat Kerajaan Melayu Melaka dan menubuhkan Kesultanan Melayu Johor. Pun begitu, keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh ayandanya tidak berakhir begitu sahaja. Sultan Alauddin juga mengalami keadaan yang sama. Serangan bertalu-talu oleh musuh luar iaitu Portugis dan diikuti oleh Belanda menyebabkan waris kerajaan Melayu yang seterusnya tidak dapat bertahan.
    8. Manakala anakanda Sultan Mahmud Shah yang kedua, iaitu Muzaffar Shah telah meneruskan daulat Kerajaan Melayu Melaka dengan berkerajaan di sebuah negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perak. Kesultanan Melayu Perak juga tidak terkecuali dari campur tangan penjajah luar dari semasa ke semasa terutamanya oleh Belanda dan Inggeris.
    9. Kuasa penjajah Belanda dan Inggeris juga sering bertempur sesama mereka untuk menguasai Semenanjung Emas yang melimpah ruah dengan pelbagai hasil ini. Akhirnya, pada bulan Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah dimeterai diantara beberapa pihak yang berkuasa untuk membahagikan alam Nusantara kepada dua. Satu bahagian yang mengandungi Semenanjung Emas dan jajahan takluknya dikuasai Inggeris; manakala sebahagian yang lain (Indonesia sekarang) dikuasai oleh Belanda . Perjanjian Pangkor 1874 menandakan bermulanya proses campurtangan pihak Inggeris dalam hal-ehwal Tanah Melayu.
    10. Penjajahan Inggeris telah berakhir pada tahun 1957, iaitu setelah lebih 83 tahun menjarah hasil bumi ini semahunya. Jika diambil kira dari tarikh kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, bumi ini telah dijajah dan dirompak dengan rakus selama 446 tahun!
    11. Pengkisahan di atas adalah kefahaman umum terhadap sejarah bumi bertuah ini. Rujuklah mana-mana buku sejarah (yang semestinya menjadi alat propaganda dan indoktrinasi paling berkesan) baik diperingkat sekolah rendah, menengah atau universiti. Kisahnya tidak lari dari kefahaman sejarah yang tercatat di atas.
    12. Tapi, AWAS tuan-tuan. Sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa. Inggeris telah melakarkan dan menentukan apa yang kita perlu tahu mengenai sejarah kita. Kefahaman sejarah diberikan sekadar cukup untuk menjadikan kita mengetahui serba sedikit latar belakang bangsa kita dan tidak bangun berjuang menentang penguasaan mereka terhadap bumi bertuah ini. Bukan semua mahu didedahkan oleh bangsa penjajah keparat ini.
    13. Persoalannya, jika benar Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511, dimana waris kedaulatannya hanya mampu menubuhkan kerajaan Melayu yang kecil seperti Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak, mengapa peta dibawah ini, yang bertarikh 1747, masih lagi mencatatkan nama K. of Malacca diatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu?
      1747 Old Kedah jpg
    14. Huruf “K” pada nama tersebut bermaksud Kingdom of Malacca atau dalam terjemahan mudah Negara Beraja Melaka! Adakah ini satu kesilapan yang tidak disengajakan? Adakah pelukis peta tersebut tidak maklum bahawa Kerajaan Melayu Melaka telah tumbang pada 1511 seperti yang dikisahkan kembali oleh Inggeris kepada kita? Adakah setelah 236 tahun tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka (1747-1511=236 tahun), pelukis peta tersebut masih lagi tidak tahu bahawa Kingdom of Malacca telah lenyap dari atas muka bumi? Memang buta sejarahlah kalau begitu halnya. Pelukis peta tersebut hanya pedulikan Ilmu Alam sahaja. Makan dan minum geografi, tidur dan jaga pun geografi jugak.
    15. Tuan-tuan, peta diatas telah diterbitkan pada tahun 1747 di London, iaitu 127 tahun sebelum termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada penjuru kiri bahagian bawah peta tersebut terdapat tajuk berikut:
      title
      A new & accurate map of Asia. Drawn from actual surveys, and otherwise collected from journals; assisted by the most approved modern maps & charts. The whole being regulated by astronl. observations. By Eman. Bowen.
    16. Sumber asal peta ini boleh diperolehi di sini dan di sini. Peta ini adalah terhad dan dilukis pada tahun 1747 sebagai rujukan utama kepada William Innys dan lain-lain (entah siapa William Innys – perlu kajian mendalam mengenai pemilik asal peta ini). Menariknya, tajuk peta tersebut mengatakan ia adalah yang terkini (pada tahun 1747) dan paling tepat, dilukis dari data “survey” sebenar.
    17. Hakikatnya tuan-tuan, kita telah ditipu terang-terangan oleh penjajah Inggeris! Kerajaan Melaka masih wujud dalam tahun 1747 seperti mana dibuktikan melalui nama K. of Malacca dalam peta tersebut. Hal ini cuba disembunyikan oleh mereka.
    18. Jika Kerajaan Melaka masih wujud pada 1747 siapa pula rajanya pada ketika itu? Apa gelarannya? Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong jugakah? Dimanakah pula pusat pemerintahannya? Apakah bertempat disatu daerah yang sekarang ini dikenali sebagai negeri Melaka? Hal letak duduk Kerajaan Melaka ini ditutup dengan rapat sehingga umat Melayu tenggelam punca sejarah bangsanya sendiri.
    19. Apa pula hubungan Kerajaan Melaka ini dengan Empayar Othmaniyah yang berkerajaan selama 623 tahun di Turki iaitu dari 1299 sehingga 1922? Pasti ada pertalian tertentu kerana umum mengetahui Empayar Othmaniyah adalah payung kepada semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Hal ini juga cuba ditutup sepenuhnya oleh Inggeris. Ini adalah rahsia besar – TOP SECRET! Umat Melayu tidak boleh mengetahuinya sama sekali sampai bila-bila!
    OK…aku dah penat…kita minum dulu! Next-time boleh sambung. Tunggu…

    Originally from : 4thinktank.wordpress.com/2009/.../permata-yang-hilang-bahagian-1/

    Sunday, October 10, 2010

    Demonstrasi Menentang Israel Depan Kedutaan Amerika

    Hari tu lepas kapal bantuan dari Turki yang kena serang dengan komando Israel, seluruh dunia kutuk. Jadi bila ada demonstrasi di Kuala Lumpur, Afif Sukri ada ajak Wan Ssei untuk pergi tengok demonstrasi kat sana. Demo ni bermula dari Masjid Negara. Mula-mula Pemuda UMNO membakar bendera Israel sekitar Masjid Negara tapi disertai hanya kira-kira 100 orang. NGO pula mengadakan perarakan sehingga Kedutaan Amerika. Ini gambar sekitar tempat tu.





    ada gaya reporter tak? HAHA

     Afif Sukri pun ada....haaa


    Muslimah yang turut serta



    PEKIDA siap datang bawa kren lagi. PERGHH!!!


    Situasi di depan Kedutaan Amerika




     helikopter sedang berlegar-legar



    barisan Unit Amal menjalankan tugas






    Gelombang kedua datang dari belakang. Daripada Pakatan Rakyat .




    Sebelum balik


    Ok, ini pengalaman pertama Wan Ssei tengok demonstrasi ni. Lepas ni nak pergi lagi lah. Eheh. (=

    Saturday, October 9, 2010

    19 Hadis Rasulullah S.A.W. Tentang Wanita



    1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
    sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
    ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
    penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

    2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
    rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
    mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
    darinya 1,000 kejahatan.

    3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
    bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
    jalan Allah.

    4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
    keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
    ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

    6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
    anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

    7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
    darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
    Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
    seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
    lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
    dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

    9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
    agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

    10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
    bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
    masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

    11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

    12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
    siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
    "Suaminya".
    "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
    "Ibunya".

    13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
    maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

    14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
    laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
    beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

    15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
    tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

    17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

    18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
    perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
    mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

    19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
    akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


    wallahua'lam...

    Friday, October 8, 2010

    Pick-Up Line



    Women don't understand me. They think I have more issues than Life magazine ;)