Letak Iklan Anda Di Sini

Area Bota dan Seri Iskandar, Perak.
Hubungi 017-9784787
atau FB/YM : sinici_89 [at] yahoo.com

Like us on FB

Tuesday, October 12, 2010

Permata Yang Hilang (Bahagian 1)

Salam...Wan Ssei telah terjumpa artikel yg menarik mengenai sejarah dan asal-usul Semenanjung Tanah Melayu. Jom baca. (=
  1. Alam sebelah sini (Timur Jauh) dahulunya dikenali sebagai Nusantara. Bumi bertuah yang kita pijak pada hari ini pula dahulunya dikenali sebagai Aurea Chersonesus atau Semenanjung Emas. Itu adalah sebuah nama kuno yang semakin dilupai pada zaman Internet kini. Ianya telah diberikan oleh orang-orang Greek (masihkah ingat pada Socrates, Plato dll?) yang berdagang sehingga ke bahagian timur jauh.
  2. Dalam bahasa Greek, “chersonesus” bermakna semenanjung; manakala “aurea” pula emas. Semenanjung Emas bukanlah nama sebuah kerajaan yang berdaulat. Ia hanyalah istilah atau nama rujukan tempat (sama seperti istilah Semenanjung Tanah Melayu, Benua Amerika, Tanah Arab, atau Tanah Jawa). Peta dibawah adalah antara peta terakhir yang masih menggunakan nama kuno tersebut untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Peta itu dikeluarkan pada 1765.
    1765
  3. Bumi ini telah melalui pelbagai zaman keagungan dan kegelapan. Yang pasti, anak watan terus menabur bakti mentadbir dan mengurusnya dengan begitu baik sehingga kemakmurannya menggamit pedagang dari serata ceruk dan rantau dunia. Maka, gah dan tersohorlah beberapa kerajaan dibumi ini terutamanya Kerajaan Melayu Melaka.
  4. Keagungan pasti mengundang kecelakaan andainya kita tidak sentiasa beringat bahawa itu tidak lain hanyalah ujian Allah SWT terhadap hambaNya. Kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali dalam hal ini. Ujian yang amat besar diturunkan oleh Allah terhadap hambaNya dalam bentuk kegawatan politik dalaman dan serangan anasir luaran sehingga runtuhnya Kota Melaka.
  5. Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka yang gemilang adalah bertitik tolak dari beberapa asbab dalaman dan juga luaran. Kelemahan pentadbiran (antara lainnya, ahli politik bercakaran sesama sendiri, fitnah-menfitnah dah berhasad-dengki menjadi perkara biasa) dan pengurusan (mengambil askar upahan untuk mempertahankan Melaka) serta kekejaman Sultan yang memerintah dikatakan asbab dalaman yang paling utama kepada kejatuhan empayar.
  6. Asbab luaran yang utama pula ialah serangan hebat penjajah Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, Sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Pahang, seterusnya ke Kepulauan Bintan dan menubuhkan Kerajaan Johor Lama (disebut juga Johor-Riau dan Johor-Riau-Lingga). Kerajaan baru yang ditubuhkan di selatan Tanah Melayu itu juga tidak terkecuali dari kempen penjajahan oleh Portugis, sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Sumatera dan meninggal dunia disana pada tahun 1528.
  7. Al-sultan yang mangkat telah meninggalkan dua orang waris untuk meneruskan perjuangannya. Sultan Alauddin Riayat Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah yang pertama telah mewarisi daulat Kerajaan Melayu Melaka dan menubuhkan Kesultanan Melayu Johor. Pun begitu, keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh ayandanya tidak berakhir begitu sahaja. Sultan Alauddin juga mengalami keadaan yang sama. Serangan bertalu-talu oleh musuh luar iaitu Portugis dan diikuti oleh Belanda menyebabkan waris kerajaan Melayu yang seterusnya tidak dapat bertahan.
  8. Manakala anakanda Sultan Mahmud Shah yang kedua, iaitu Muzaffar Shah telah meneruskan daulat Kerajaan Melayu Melaka dengan berkerajaan di sebuah negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu Perak. Kesultanan Melayu Perak juga tidak terkecuali dari campur tangan penjajah luar dari semasa ke semasa terutamanya oleh Belanda dan Inggeris.
  9. Kuasa penjajah Belanda dan Inggeris juga sering bertempur sesama mereka untuk menguasai Semenanjung Emas yang melimpah ruah dengan pelbagai hasil ini. Akhirnya, pada bulan Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah dimeterai diantara beberapa pihak yang berkuasa untuk membahagikan alam Nusantara kepada dua. Satu bahagian yang mengandungi Semenanjung Emas dan jajahan takluknya dikuasai Inggeris; manakala sebahagian yang lain (Indonesia sekarang) dikuasai oleh Belanda . Perjanjian Pangkor 1874 menandakan bermulanya proses campurtangan pihak Inggeris dalam hal-ehwal Tanah Melayu.
  10. Penjajahan Inggeris telah berakhir pada tahun 1957, iaitu setelah lebih 83 tahun menjarah hasil bumi ini semahunya. Jika diambil kira dari tarikh kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, bumi ini telah dijajah dan dirompak dengan rakus selama 446 tahun!
  11. Pengkisahan di atas adalah kefahaman umum terhadap sejarah bumi bertuah ini. Rujuklah mana-mana buku sejarah (yang semestinya menjadi alat propaganda dan indoktrinasi paling berkesan) baik diperingkat sekolah rendah, menengah atau universiti. Kisahnya tidak lari dari kefahaman sejarah yang tercatat di atas.
  12. Tapi, AWAS tuan-tuan. Sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa. Inggeris telah melakarkan dan menentukan apa yang kita perlu tahu mengenai sejarah kita. Kefahaman sejarah diberikan sekadar cukup untuk menjadikan kita mengetahui serba sedikit latar belakang bangsa kita dan tidak bangun berjuang menentang penguasaan mereka terhadap bumi bertuah ini. Bukan semua mahu didedahkan oleh bangsa penjajah keparat ini.
  13. Persoalannya, jika benar Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511, dimana waris kedaulatannya hanya mampu menubuhkan kerajaan Melayu yang kecil seperti Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak, mengapa peta dibawah ini, yang bertarikh 1747, masih lagi mencatatkan nama K. of Malacca diatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu?
    1747 Old Kedah jpg
  14. Huruf “K” pada nama tersebut bermaksud Kingdom of Malacca atau dalam terjemahan mudah Negara Beraja Melaka! Adakah ini satu kesilapan yang tidak disengajakan? Adakah pelukis peta tersebut tidak maklum bahawa Kerajaan Melayu Melaka telah tumbang pada 1511 seperti yang dikisahkan kembali oleh Inggeris kepada kita? Adakah setelah 236 tahun tumbangnya Kerajaan Melayu Melaka (1747-1511=236 tahun), pelukis peta tersebut masih lagi tidak tahu bahawa Kingdom of Malacca telah lenyap dari atas muka bumi? Memang buta sejarahlah kalau begitu halnya. Pelukis peta tersebut hanya pedulikan Ilmu Alam sahaja. Makan dan minum geografi, tidur dan jaga pun geografi jugak.
  15. Tuan-tuan, peta diatas telah diterbitkan pada tahun 1747 di London, iaitu 127 tahun sebelum termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada penjuru kiri bahagian bawah peta tersebut terdapat tajuk berikut:
    title
    A new & accurate map of Asia. Drawn from actual surveys, and otherwise collected from journals; assisted by the most approved modern maps & charts. The whole being regulated by astronl. observations. By Eman. Bowen.
  16. Sumber asal peta ini boleh diperolehi di sini dan di sini. Peta ini adalah terhad dan dilukis pada tahun 1747 sebagai rujukan utama kepada William Innys dan lain-lain (entah siapa William Innys – perlu kajian mendalam mengenai pemilik asal peta ini). Menariknya, tajuk peta tersebut mengatakan ia adalah yang terkini (pada tahun 1747) dan paling tepat, dilukis dari data “survey” sebenar.
  17. Hakikatnya tuan-tuan, kita telah ditipu terang-terangan oleh penjajah Inggeris! Kerajaan Melaka masih wujud dalam tahun 1747 seperti mana dibuktikan melalui nama K. of Malacca dalam peta tersebut. Hal ini cuba disembunyikan oleh mereka.
  18. Jika Kerajaan Melaka masih wujud pada 1747 siapa pula rajanya pada ketika itu? Apa gelarannya? Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong jugakah? Dimanakah pula pusat pemerintahannya? Apakah bertempat disatu daerah yang sekarang ini dikenali sebagai negeri Melaka? Hal letak duduk Kerajaan Melaka ini ditutup dengan rapat sehingga umat Melayu tenggelam punca sejarah bangsanya sendiri.
  19. Apa pula hubungan Kerajaan Melaka ini dengan Empayar Othmaniyah yang berkerajaan selama 623 tahun di Turki iaitu dari 1299 sehingga 1922? Pasti ada pertalian tertentu kerana umum mengetahui Empayar Othmaniyah adalah payung kepada semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Hal ini juga cuba ditutup sepenuhnya oleh Inggeris. Ini adalah rahsia besar – TOP SECRET! Umat Melayu tidak boleh mengetahuinya sama sekali sampai bila-bila!
OK…aku dah penat…kita minum dulu! Next-time boleh sambung. Tunggu…

Originally from : 4thinktank.wordpress.com/2009/.../permata-yang-hilang-bahagian-1/

3 comments:

  1. Why visitοrs still use to read nеws paρers ωhen in this technologiсal globe еverything is presented on wеb?



    my web site :: payday loans
    my website :: payday loans

    ReplyDelete
  2. І don't even know how I stopped up here, however I assumed this submit was good. I don't recognіze ωho you're but certainly you are going to a well-known blogger if you happen to are not already. Cheers!

    Here is my website; Same Day Payday Loans

    ReplyDelete
  3. Great blog уou have got here.. It's difficult to find excellent writing like yours nowadays. I really appreciate people like you! Take care!!

    my web-site cash advance

    ReplyDelete

diharap ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen. ^^
TQ.