Sunday, October 21, 2012

Couple, Best Kan? Pui Pui Pui

sumber gambar : google


Couple, dah memang jadi trend dalam masyarakat kita di mana-mana kat Malaysia ni. Mostly, golongan budak sekolah, remaja dan belia. Nape couple? Sebab rasa diri tak boleh hidup sorg2, rasa ingin dimanjai, kalau makan ada orang belanja, kalau keluar boleh bawa naik kereta yang ada bumbung (pada mat motor, sorry to say, naik moto ngan awek siyes nampak cam tak best, nak2 lagi time hujan...boleh demam oooo, jalan pon licin, kot2 terperosok bawah lori naya je..).... makan sama-sama. Pendek kata semua indah lah. 

TAPI...............

Bila semua benda dah buat bersama, nanti dah tak sweet la pas kawen nanti...kemanisan dalm rumah tangga hilang, lebih-lebih lagi pada yang terlanjur tu. Dah kenal bentuk dalaman masing, da try situ, try sini. Best memang best, tapi kat Akhirat sana pun best gak la siksaan dia kan. Hehe.



Kahwin ke belajar? Semanis Kurma

kalau remaja sekarang ni, boleh nampak kat merata-rata tempat, jalan pegang tangan, peluk pinggang, amek gambar peluk2, rapat2 sampai tersentuh part-part sensitif. Bestnyeeeeeeeeeeeeeee.......
*pui pui pui

Mengikut kajian pemakanan halal, nafsu manusia boleh terkesan dengan pemakanan. Sekarang ni, ayam bandar yang biasa dihidang di restoran-restoran, majlis kenduri, sebenarnya telah dicucuk dengan hormon babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut. Tetapi apabila kita makan ayam ni, ia turut menyebabkan hormon kita tak stabil. Nafsu seks juga boleh meningkat sebab apa, sebab babi adalah sejenis binatang yang amat kuat mengawan. Jadi orang sekarang yang suka makan ayam ni secara tak langsung, nafsu menjadi tak stabil dan mula mencari tempat untuk melepaskannya. Yang jadi masalah, apabila masalah ini melanda remaja-remaja di IPT dan belia-belia kita. Kat dalam akhbar, setiap hari ada kes buang anak, tangkap basah dan sebagainya. Ada seorang doktor menyatakan, sebab tu la perangai orang sekarang da macam babi. Amboihh, sampai macam tu sekali dia cakap. Tapi itu hasil kajian.


Persoalan, ada ke penyelesaian untuk couple ni? Mesti la ada....

1) Kahwin awal/ Nikah khitbah (gantung)
Jemput tengok video kat atas tu, daripada rancangan Semanis Kurma. Satu lagi video budak sekolah menengah kawen bawah ni. Mesti sume remaja-remaja jeles kan. Huahuahua.

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)


2)Berpuasa
Hadis Nabi pun ada menyatakan dengan berpuasa dapat menahan nafsu syahwat.

3) Elakkan berjumpa berdua-duaan
Haaa...kalau nak dating tu, bawa la satu kampung, segan la sket kalau nk buat apa-apa yg tak senonoh. Hihi.

Ok la, kena sambung buat assignment pulak ni. Like dan Share kalau anda suka entry ini. Hihi. Salam........

Saturday, October 20, 2012

Rahsia Tarikh Lahir Wan Ssei

 Terjumpa lah dalam 1 blog neh......rahsia tarikh lahir......tapi ada persamaan ke ngan aku? Hmm..... Ntah la..


Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nak tau korang punya? Jom klik sini.