Saturday, August 28, 2021

Sesi Fasilitasi Industri - MIDA Pantai Timur, MIDF Wilayah Timur & Celcom

Pejabat-pejabat MIDA Pantai Timur dengan kerjasama MIDF Wilayah Pantai Timur dan Celcom akan mengadakan satu *SESI FASILITASI INDUSTRI* secara maya bagi menyampaikan maklumat terkini kepada industri. 

Sehubungan itu, kami ingin menjemput pihak tuan/puan untuk bersama kami dalam sesi ini bagi meneroka peluang untuk mengembangkan operasi pasca pendamik Covid-19.

Tarikh : 30 Ogos 2021 (Isnin)

Masa : 10 pagi

Platform : ZOOM Meeting


*Agenda:*

*10.00 pagi*: Ucapan Aluan oleh Tn Syed Kamal Muzaffa Syed Hassan Sagaff, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pelaburan Tempatan dan Penyelarasan Rantaian Bekalan


*10.05 pagi: Kemaskini Status Pelaburan di Malaysia dan Sokongan kepada Industri* 

oleh Puan Mimi Izura Mohamed Iqbal, Pengarah MIDA Terengganu


*10.20 pagi: Taklimat Produk Terkini CELCOM* daripada wakil CELCOM 


*10.40 pagi: Taklimat Sokongan Kewangan Pasca Pendamik Covid 19*, oleh Puan Hizramurny Zakaria, Ketua Wilayah Timur MIDF


*11.00 pagi*: Soal Jawab

*11.30 pagi*: Program Tamat


*Sila klik link untuk pendaftaran*. 

Pautan Zoom akan diberikan melalui email yang didaftarkan.

https://bit.ly/FasilitasiIndustri-MIDA-MIDF-Celcom

————————

Info Belia & Usahawan Malaysia

ðŸ“ē t.me/ProjekPaseto

ðŸ“ē instagram.com/ProjekPaseto

ðŸ“ē facebook.com/ProjekPaseto

ðŸ“ē https://chat.whatsapp.com/HYci1bCaLO36K18hJwBqgf

Monday, November 18, 2019

Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan


Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Masjid Muhammadi merupakan Masjid Negeri bagi negeri Kelantan Darul Naim. Masjid ini dijadikan tempat menyambut perayaan agama peringkat negeri seperti sambutan maulidur rasul, israk mikraj dan lain-lain.

Masjid ini dibina pada tahun 1867 daripada kayu yang terpilih di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 sehingga 1886). Pengubahsuaian masjid ini daripada bangunan kayu kepada bangunan batu telah dibuat pada tahun 1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada hari Jumaat, 31 Julai 1931 serta dinamakan Masjid Muhammadi.



Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan masjid ini telah dijalankan beberapa kali umpamanya pada tahun 1959,1968,1976 dan 1987. Pada masa ini luas keseluruhan bangunan masjid ini ialah 10,600 kaki persegi, boleh menampung 2,400 orang ahli jemaah.



Peringkat awal (1860 an hingga 1960 an) masjid ini merupakan pusat pengajian Islam terkenal. Antara guru yang pernah mengajar di masjid ini ialah Hj. Ab. Rahman Arab, Hj. Wan Abdullah, Hj. Che Samat, Hj. Nik Wan Daud Hj. Wan Muhammad Gagah, Sheikh Daud Al-Fatoni dan yang terkenal ialah Tok Kenali.

Masjid ini ditadbir oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

#visitmalaysia2020
#vm2020
#visitkelantan2020
#visitkotabharu
#ilovekelantan
#kelantandihati
#tourismkelantan
#amazingkelantan
#masjidmuhammadi
#dealami

FB : Lutfi Mohamed





Sunday, November 17, 2019

Kelantan Travel Buddy


Bigboss tepi ambo ni minta ambo terjun ke dunia tourism, rekrut anak-anak muda untuk jadi travel buddy pada pelancong asing, manfaatkan waktu transit dorang di Kelantan sebelum dorang gi Pulau Perhentian, Terengganu dan Selatan Thai. ðŸ˜Ū

Aiiii sero xdan tu...kita bahagian jalley sajo brehi lah... ðŸĪŠðŸ˜‚ðŸĪĢ

Takpo takpo kita serah ko Mdm Aryani, sep admin page Menarik di Kelantan, sep admin KOTA BHARU ZONE, blogger Mohd Khairi MegaTransformasi Timur tolong setelkan. 

Ejas Lutfi Mohamed, ikon pelancongan kito join sekali deh deh. 😆😎💊💊💊

Mohon agensi kerajaan berkaitan tourism tolong support etep anak-anak muda ni, aummm... 😂💊💊💊

Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit


Ready stok untuk pos ke Singapore. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mohon doa kalian juga ya... ðŸĪē

*bila boleh gi melawat Singapore ni.. hurmmm, kita gi bulan 2 jom? 😎🙊🙈

Info lanjut mengenai vitamin minda Genius Booster :

Ustaz



“Ustaz, beg Ustaz tertinggal kat dalam tadi...”.

Dan dan dorang panggil Ustaz. ðŸĪŠðŸ˜‚🙈

Takpe, Amiiiin kan aje...Amiiiin... ðŸĪē🙊🙈

*Terima kasih Samurai Yakiniku, semoga bisnes terus berkembang pesat! 😎💊💊💊