Friday, January 15, 2010

Bertudung..zaman dahulu dan sekarang


heliza AF - bertudung (sumber)

Sebagai panduan hidup


astaghfirullah

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa
menghadapi cabaran yg besar kerana sering
menjadi
bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh
ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga
yang
mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita
tidak pelik hal begini boleh terjadi.
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum
menutup
aurat sehingga mereka tidak dapat menerima,
malah
memandang serong terhadap syariat menutup
aurat.
Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung
diwaktu
itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham
bahawa memakai tudung itu adalah untuk
memenuhi
tuntutan syariat.Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila
seseorang
wanita itu bertudung, maka akan nampak beza
tingkah
lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup
aurat
peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.
Kalau
dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi
bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali,
tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada
percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah,
akhlak
tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak.
Suka
menolong orang, bibir sentiasa menguntum
senyum
sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kpd
kemewahan dunia,
tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk
mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar
sama-sama
menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain,
maka
org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung,
walaupun
masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu,
kalau
wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm
dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama.
Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al
Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini
disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai
pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg
sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk
menyakinkan org
ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi
kepada mereka.


Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn
wanita yg
bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di
stesen
bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah
beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah
memakai tudung. Alhamdulillah
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita
bertudung
tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di
tempat-
tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita
bertudung
bersih mukanya drp calaran alat-alat make up,
tetapi
kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat
sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut
fesyen
sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-
kadang
pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.
Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara
hendak tutup
hendak buka. Akhlak tutur katanya kasar,malah
kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak
memakai
tudung atau buka aurat.




anda rasa ni tudung ke topi yg Datuk Siti kita pki ni? xD

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak
sembahyang. Imej
wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita
yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa
pakai
kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila
wanita
itu bertudung, automatik dia sudah malu ke
panggung
wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke
tempat
hiburan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah
tidak
mempunyai peranan utk mencegah manusia dari
terjerumus
ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada
hari ini
jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian
tudung.
Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini
kerana
terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik,
teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah
ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana
mereka
sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu
mereka
mengambil keputusan utk memakai tudung,
walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai
tudung.
Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki
yg
hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita
yang
hendak dikahwininya mestilah bertudung.
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain
memakai
tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak
memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya,
mengapa
mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai
tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada
 yg mahu
menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai,
sekejap
 buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada
 hari
ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg
bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg
berpurdah
yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga
atau
di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah
sama
dgn wanita yang bertudung dan wanita yg
memakai tudung
diperingkat awal dahulu.Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas
dasar
ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat
akan
nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di
buat
bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak
hebat
tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
 Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk
menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn
Allah
walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi
mata
manusia mengatakan mereka juga sudah menutup
aurat.
Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada
di
dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan
oleh
Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat
manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang
sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai
keselamatan kelak?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu
Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana
Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn
bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk
menutup
aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen
sehingga
menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat
yakni
bertudung tetapi masih nampak pangkal leher,
bermakna
dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah
semakin
berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen
itu
menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung
bukan
menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk
berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn
menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu
tetapi
kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman.
Sementara yg mengamalkan syariat kerana
pengaruh
sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal
selagi
dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia
terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah
tidak
mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di
sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak
mendapat
keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah
berilmu
dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu
adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.


Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan
hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari
itu.
Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita &
mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita
tidak mudah
tergugat apabila datang ujian, betul di dalam
tindakan
dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di
luar
sana. Jangan memakai tudung hanya ingin
mengikut
fesyen semata-mata.
wallahualam
P/s: sebarkanlah walaupun satu ayat
~KeTaHuiLaH dGN MeNGINgAtI ALLAH jIwAkan MeNjadI
tEnang~ (^_^)
~BeRsEdIa bErMuJAhADh~

2 comments:

  1. salam.

    saya sokong n sangat setuju.
    perubahan2 sebelum n selepas bertudung memang ada.
    thanx. :))

    ReplyDelete
  2. penerangan yg lengkap sahabat lame:)

    ReplyDelete

ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen. ^^
TQ.