Monday, November 18, 2019

Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan


Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Masjid Muhammadi merupakan Masjid Negeri bagi negeri Kelantan Darul Naim. Masjid ini dijadikan tempat menyambut perayaan agama peringkat negeri seperti sambutan maulidur rasul, israk mikraj dan lain-lain.

Masjid ini dibina pada tahun 1867 daripada kayu yang terpilih di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 sehingga 1886). Pengubahsuaian masjid ini daripada bangunan kayu kepada bangunan batu telah dibuat pada tahun 1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada hari Jumaat, 31 Julai 1931 serta dinamakan Masjid Muhammadi.



Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan masjid ini telah dijalankan beberapa kali umpamanya pada tahun 1959,1968,1976 dan 1987. Pada masa ini luas keseluruhan bangunan masjid ini ialah 10,600 kaki persegi, boleh menampung 2,400 orang ahli jemaah.



Peringkat awal (1860 an hingga 1960 an) masjid ini merupakan pusat pengajian Islam terkenal. Antara guru yang pernah mengajar di masjid ini ialah Hj. Ab. Rahman Arab, Hj. Wan Abdullah, Hj. Che Samat, Hj. Nik Wan Daud Hj. Wan Muhammad Gagah, Sheikh Daud Al-Fatoni dan yang terkenal ialah Tok Kenali.

Masjid ini ditadbir oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

#visitmalaysia2020
#vm2020
#visitkelantan2020
#visitkotabharu
#ilovekelantan
#kelantandihati
#tourismkelantan
#amazingkelantan
#masjidmuhammadi
#dealami

FB : Lutfi Mohamed





No comments:

Post a Comment

ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen. ^^
TQ.