Letak Iklan Anda Di Sini

Area Bota dan Seri Iskandar, Perak.
Hubungi 017-9784787
atau FB/YM : sinici_89 [at] yahoo.com

Like us on FB

Sunday, August 8, 2010

Bestnya RIBENA : ADA KANDUNGAN ARAK


Wan Ssei dapat artikel ni daripada note Azhar Nmj di FB:  KLIK . Sila baca.

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

p/s : Kalau anda sebagai pengguna yang prihatin, mesti anda akan dapati banyak bahan makanan atau minuman yang mendatangkan syubhah. jalan yang terbaik adalah menggunakan produk Muslim yang halal lagi baik. sila layari untuk produk HALALAN THOYYIBAN, http://walad-hpa.blogspot.com

5 comments:

  1. ya, itu dia akhirnya..
    ribena jarang minum..

    ReplyDelete
  2. tak minum tp ari tu rase nk try skali.
    tup2 ade arak heih~

    sadis.

    ReplyDelete
  3. Bukan kacang sebarang kacang.
    Kacang melilit si kayu jati.
    Bukan datang sebarang datang.
    Datang membawa hajat di hati.

    Anak raja main congkak,
    Main congkak punya pelan ,
    Boleh saya tumpang bertanya,
    salam dihulur tanda persahabatan,
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/


    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    waaarrgghhhh mai minum ribena... anada akan jadi riang ceria... nak lagiii

    ReplyDelete
  4. terima kasih ats perkngsian..masyaAllah..tak sngka,.rupanya kta smua tlh minum arak..arak haram wlu pun setitik..

    ReplyDelete

diharap ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen. ^^
TQ.