Sunday, January 20, 2013

Poster Pengiklanan - Guna Isu Listen Listen Listen

Semenjak isu Listen, Listen, Listen kebaboom hari tu Wan Ssei nampak banyak company yang mengambil peluang dengan gunakan isu tersebut dalam pengiklanan mereka. Jom tengok poster dorang.



 Digi

 Burger Bakar Kaw-Kaw
 Compare Hotel


Digi lagi
 
 Exabytes Cloud


Sambal House

Red FM

Nando's

 TuneTalk


Benefits Cosmetic



Logitech
 

iPad

 Mudah.my

Olivenol


dan yang terbaru.............
JENG...................
JENG....................
JENG..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ini untuk bisnes Wan Ssei sendiri, 


Ok tak? Hehe. Ce komen sket kawan-kawan.

Monday, January 14, 2013

Khasiat Madu Asli HPA


Student2 kalau masuk kelas mesti ngntok je kan. Solusi dia senang je. Teguk je madu asli.  Student KPMSi boleh dah mula order da, especially yang target nak dapat 3 pointer ke atas. Tak dapat 3, 4.0 pon jadilah. Hihi. :P
Meh tgk khasiat Madu Asli.



Khasiat MADU ASLI HPA

Madu adalah makanan yang mengandungi pelbagai nutrien seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan dan sebatian aromatik. Madu asli mengandungi enzim-enzim yang amat diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Khasiat madu bukan sahaja dibuktikan oleh kajian saintifik, malahan turut diceritakan di dalam Al-Quran.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkannya dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkan satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh membantu merawat penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan madu ke bahagian yang berkenaan.

Selain diambil terus, madu sesuai ditambah ke dalam makanan atau minuman sebagai pengganti gula.

Harga Runcit RM24
Utk order, kawasan Perak call Hariz Nor (013-4326224) atau Farhan Najmi Khalid (017-5410476).

Kota Bharu - Pasir Mas, Dr. Rosnani Mat (013-2561980)

Friday, January 11, 2013

Keronsang COMEL Kartun,Reben & Bunga, Jom Borong!


Pin Kartun RM1.20/each

 


Pin  Alpina RM1.40/each

 Pin Dahlia RM1.70/each.


Pin Daisy RM1.20/each


 Pin Lily RM1.40/each.


Pin Reben RM1.00/each.




Pin Rose RM1.40/each.


 Pin Roselle Satin RM1.20/each.


Pin Roselle RM1.20/each.

Pin Sakura RM1.40/each 


MINIMA order 100pcs.
Tambah RM 10 (Kos Pos Laju Semenanjung Malaysia ) / RM 15 ( Sabah & Sarawak ) / RM 30 ( Brunei & Singapura )

- Tempahan boleh dibuat dengan cara SMS/EMEL. Anda boleh SMS/EMEL Nama Penuh, Alamat Penghantaran Berposkod, No. Telefon,Pilihan Pakej dan Maklumat Bayaran (Jumlah, Waktu, Tarikh dan Tempat Seperti tertera di Slip Deposit Tunai / No. Rujukan / Transaction Reference Number bagi Online Banking )...SMS ke 013-7147823 ( Wan Hassan).


EMEL : wanhassan01(at)gmail.com

- Tempahan tanpa maklumat bayaran yang lengkap TIDAK AKAN di layan.

- Bayaran hendaklah di buat ke 

AKAUN MAYBANK 
WAN ABDULLAH HASSAN
5530-1078-0439

CIMBCLICKS
WAN ABDULLAH HASSAN
03-0101-1470-3528

Sila simpan bukti bayaran anda untuk rujukan.

Hubungi 013-7147823 atau emel : wanhassan01(at)gmail.com

Sunday, October 21, 2012

Couple, Best Kan? Pui Pui Pui

sumber gambar : google


Couple, dah memang jadi trend dalam masyarakat kita di mana-mana kat Malaysia ni. Mostly, golongan budak sekolah, remaja dan belia. Nape couple? Sebab rasa diri tak boleh hidup sorg2, rasa ingin dimanjai, kalau makan ada orang belanja, kalau keluar boleh bawa naik kereta yang ada bumbung (pada mat motor, sorry to say, naik moto ngan awek siyes nampak cam tak best, nak2 lagi time hujan...boleh demam oooo, jalan pon licin, kot2 terperosok bawah lori naya je..).... makan sama-sama. Pendek kata semua indah lah. 

TAPI...............

Bila semua benda dah buat bersama, nanti dah tak sweet la pas kawen nanti...kemanisan dalm rumah tangga hilang, lebih-lebih lagi pada yang terlanjur tu. Dah kenal bentuk dalaman masing, da try situ, try sini. Best memang best, tapi kat Akhirat sana pun best gak la siksaan dia kan. Hehe.



Kahwin ke belajar? Semanis Kurma

kalau remaja sekarang ni, boleh nampak kat merata-rata tempat, jalan pegang tangan, peluk pinggang, amek gambar peluk2, rapat2 sampai tersentuh part-part sensitif. Bestnyeeeeeeeeeeeeeee.......
*pui pui pui

Mengikut kajian pemakanan halal, nafsu manusia boleh terkesan dengan pemakanan. Sekarang ni, ayam bandar yang biasa dihidang di restoran-restoran, majlis kenduri, sebenarnya telah dicucuk dengan hormon babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut. Tetapi apabila kita makan ayam ni, ia turut menyebabkan hormon kita tak stabil. Nafsu seks juga boleh meningkat sebab apa, sebab babi adalah sejenis binatang yang amat kuat mengawan. Jadi orang sekarang yang suka makan ayam ni secara tak langsung, nafsu menjadi tak stabil dan mula mencari tempat untuk melepaskannya. Yang jadi masalah, apabila masalah ini melanda remaja-remaja di IPT dan belia-belia kita. Kat dalam akhbar, setiap hari ada kes buang anak, tangkap basah dan sebagainya. Ada seorang doktor menyatakan, sebab tu la perangai orang sekarang da macam babi. Amboihh, sampai macam tu sekali dia cakap. Tapi itu hasil kajian.


Persoalan, ada ke penyelesaian untuk couple ni? Mesti la ada....

1) Kahwin awal/ Nikah khitbah (gantung)
Jemput tengok video kat atas tu, daripada rancangan Semanis Kurma. Satu lagi video budak sekolah menengah kawen bawah ni. Mesti sume remaja-remaja jeles kan. Huahuahua.

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)


2)Berpuasa
Hadis Nabi pun ada menyatakan dengan berpuasa dapat menahan nafsu syahwat.

3) Elakkan berjumpa berdua-duaan
Haaa...kalau nak dating tu, bawa la satu kampung, segan la sket kalau nk buat apa-apa yg tak senonoh. Hihi.

Ok la, kena sambung buat assignment pulak ni. Like dan Share kalau anda suka entry ini. Hihi. Salam........

Saturday, October 20, 2012

Rahsia Tarikh Lahir Wan Ssei

 Terjumpa lah dalam 1 blog neh......rahsia tarikh lahir......tapi ada persamaan ke ngan aku? Hmm..... Ntah la..


Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nak tau korang punya? Jom klik sini.