Thursday, September 30, 2010

Cerita di Sebalik Proton (part 1)


 Salam..hari WanSsei nak kongsi satu cerita, pasal syarikat kereta nasional kita, Proton. WanSsei da baca tapi tak berapa paham apa yang penulis dia cuba sampaikan..korang boleh tolong terangkan tak? Ok, kita start.....

ana04 menulis "
"Memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang datang dari luar negara itu sangat baik, tidak ada cacat cela. kereta, kain, barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar pengurusan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau bukan mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken rice, tak berapa sedap.."

Kalau kerajaan sendiri dah mengiktiraf rakyat malaysia ni golongan kelas ketiga (hampir2 paria) apa nak buat....utk rakyat sendiri...kereta buat asal boleh...tin milo lagi kuat...yg di eksport...lain pulak..harga murah....rugi pun tak pe... kalau kain....utk rakyat malaysia...kain kapan lagi baik.... kalau selipar....utk rakyat malaysia..selipar jepun RM2 lagi baik....

cakap tak serupa bikin....suruh rakyat pakai buatan Malaysia... dia shooping...dlm rumah satu barang buatan malaysia pun takde...yg ada...itali....london....new york....ntah apa2 lagi....

Menjawab kepada penyataan di atas, banyak sangat missinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk d itengah-tengah  R&D PROTON.

ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah  satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk  di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je.  Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin Renault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu.
Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume  kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Iswara, Wira, Waja, Gen2, Savvy...100% body dibuat di Malaysia.



bersambung...........
 

 

2 comments:

ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen. ^^
TQ.