Sunday, November 17, 2019

Santapan Petang di Restoran Jepun Samurai Yakiniku


Team Sekretariat untuk Bicara Halal : Program Pembangunan Kapasiti Keusahawanan Halal 1.0 yang akan berlangsung esok, melayani kunjungan Ustaz Mohd Amri Abdullah, Ketua Malaysia International Halal Academy (MIHA), JAKIM,

dan Dr Zalina Zakaria, Pengarah Universiti Malaya Halal Research Centre UMHRC) ke Kota Bharu.

Petang ini mereka dijamu dengan santapan makanan Jepun di Restoran Samurai Yakiniku yang semakin tular di kalangan orang Kelantan. Oishiiii~~~ 🇯🇵😋

Pada korang yang belum datang, datanglah cuba! Nyum nyum nyum...😃💪

*esok event kita di UMK jangan lupa ya, pukul 2.30 petang. Masuk adalah PERCUMA. 😃✌️

Terima kasih Samurai Yakiniku, semoga terus sukses dan bertambah cawangan. Arigatou gozaimasu hait! 😎👍👍💪💪









Meet & Greet : YouTuber, Blogger, Instafamous, Usahawan di Kelantan










Meet & Greet : YouTuber + Blogger + Instafamous + Usahawan @ Kelantan

*tengah berangan.
Kalaulah boleh jemput dorang dalam event sehari dua bersama anak-anak muda di Kelantan, best jugak kan. Yang penting, mereka ini berimej bersih, banyak sebarkan mesej positif, content bermanfaat. Fuhhh...

Mohon mana-mana agensi kerajaan / swasta realisasikan pleaseeee... kita nak jadi pengunjung jung dengar jahhh... 🤣😃🙊🙈

Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan)





Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan).

Istana Jahar siap dibina dalam tahun 1887 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II.

Tujuan pembinaannya ialah untuk dikurniakan kepada Baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara yang kemudiannya menggantikan baginda sebagai Sultan Muhammad III.


Asalnya dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara yang kemudiannya ditukar nama kepada Istana Jahar mengambil sempena "pokok Jahar" yang terdapat di halaman istana.

Pada tahun 1889 Long Kundur Raja Bendahara telah dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad III, maka istana ini dijadikan tempat bersemayam baginda. Kemudian istana ini telah digunakan oleh beberapa orang Sultan Kelantan.






Kini bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kelantan pada 27 Julai 1992.

#visitmalaysia2020
#visitkelantan2020
#ilovekelantan
#visitkotabharu
#kelantandihati
#tourismkelantan
#istanajahar
#dealami

Kredit : Lutfi Mohamed


















Bicara Halal : Program Pembangunan Kapasiti Keusahawanan Halal 1.0


"Tuan, macamana saya nak dapatkan sijil halal untuk produk saya?"

tanya seorang pengusaha kilang air batu kepada seorang pegawai Halal setelah pengusaha tersebut gagal mendapatkan kontrak perbekalan kepada satu syarikat multinasional.

Ramai lagi usahawan yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan persijilan halal untuk produk dan kilang mereka.

Mahal ke? Murah ke?
Susah atau mudah?
Sekejap ke lambat nak lulus permohonan?

Sehubungan itu kami ingin menjemput anda semua untuk hadir ke,

Bicara Halal : Program Halal Pembangunan Kapasiti Keusahawanan Halal 1.0

📆 17 November 2019 (Ahad)
⏰ 2.30 petang - 5.00 petang
🏫 Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.
👨🏻‍💼 Ustaz Mohd Amri Abdullah,
Ketua Malaysia International Halal Academy, JAKIM.

MASUK ADALAH PERCUMA!

Jangan lupa ajak rakan-rakan anda, terutamanya rakan-rakan usahawan. Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Pakat mari belako tu!

*Sijil penyertaan ada disediakan!
(bergantung pada T&S)

Daftar di sini : http://bit.ly/BicaraHalal17Nov2019

#bicarahalal
#umk #miha #jakim #umhrc
#dliciousempire #samuraiyakiniku
#dealami

Saturday, November 16, 2019

Bank Kerapu - Memorial Perang Dunia Kedua



Memorial Peperangan Dunia Kedua / Bank Kerapu

Bayaran masuk: RM2 Dewasa, RM1 Kanak-kanak
Pengunjung Antarabangsa RM4 Dewasa, RM2 Kanak-kanak.

Waktu operasi:
Sabtu - Rabu 8.30 am - 5.00 pm
Khamis 8.30 am - 3.30 pm

Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdagangan. Digelar "kerapu" kerana keadaan dindingnya yang tidak licin dan menggerutu. Dibina dalam tahun 1912 dan digunakan sebagai sebuah bank iaitu The Mercantile Bank of India Ltd. 



Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945, bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat kempetai (polis rahsia) Jepun. Selepas perang, bangunan ini digunakan semula sebagai sebuah bank. 

Pada tahun 1981 tingkat atas bangunan ini dijadikan sebagai Balai Seni Lukis manakala tingkat bawah merupakan Dewan Kraftangan. Fungsi bangunan ini bertukar pada tahun 1992 apabila ia dijadikan sebagai sebuah memorial. 






Memorial yang dinamakan Memorial Peperangan Dunia Kedua di Kelantan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan pada tahun 1994. Bahan-bahan yang dipamerkan adalah artifak serta gambar-gambar mengenai Peperangan Dunia Kedua.

#visitmalaysia2020 
#visitkelantan2020
#ilovekelantan 
#kelantandihati 
#tourismkelantan 
#visitkotabharu 
#bankkerapu
#dealami

Kredit : Lutfi Mohamed